Kedai pajak gadai ada di mana-mana sahaja di Malaysia ini. Ini kerana, perkhidmatan kedai pajakan berlesen menawarkan perkhidmatan pajak gadai yang sangat diperlukan, terutamanya kepada pengguna yang berpendapatan rendah. Perkhidmatan pajak gadai membolehkan pengguna menukarkan aset yang berharga kepada tunai di masa yang diperlukan dengan mudah atau boleh digunakan untuk saat-saat kecemasan.

Terdapat berbagai sebab pengguna menggunakan perkhidmatan pajak gadai di Malaysia. Berikut adalah sebab-sebab pengguna beralih kepada penggunaan perkhidmatan pajak gadai di Malaysia yang paling popular:

1 – Membayar Hutang

Apabila tiba masa pengguna perlu membayar hutang dan pengguna tidak mempunyai tunai yang secukupnya, pengguna perlu menggunakan segala alternatif yang ada untuk membolehkannya membayar hutang sama ada dari bank, keluarga atau individu. Salah satu alternatif yang paling mudah untuk mendapatkan tunai adalah dengan memajak barang yang berharga seperti emas di kedai pajak. Proses pajakan yang mudah dan cepat membolehkan pengguna untuk mendapat tunai dengan mudah dan cepat dan membolehkannya untuk menglangsaikan hutang yang perlu dibayar dengan kadar yang segera.

2 – Jatuh Sakit

Tiada siapa yang mahu jatuh sakit, namun itulah realiti yang perlu di hadapi setiap insan di muka bumi ini. Bagi yang sedia mempunyai perancangan kewangan seperti pelan insuran, pelan insuran ini dapat membantu dalam waktu yang diperlukan. Manakala untuk yang tiada pelan insuran dan tidak mempunyai simpanan atau tunai yang secukupnya, semestinya salah satu cara untuk mendapatkan tunai dengan segera dan mudah adalah dengan menggunakan perkhidmatan kedai pajak. Wang tunai yang diperoleh dari pajakan barangan berharga boleh digunakan untuk menanggung kos rawatan yang semakin hari semakin tinggi di Malaysia ini.

3 – Menolong Keluarga

Kadang-kadang, kita tak dapat untuk meramal apa yang berlaku dikalangan keluarga kita. Ada kalanya keluarga kita terlibat dalam kemalangan, jatuh sakit, kehilangan pekerjaan, mengalami kesusahan dan yang paling teruk sekali jika ahli keluarga kita dikejar hutangnya oleh peminjam wang yang tidak bertanggung-jawab. Akan tetapi, kerana darah persaudaraan kita, semestinya kita bersimpati dengan kesusahan yang dialami oleh ahli keluarga kita dan kita bersedia untuk menolong mereka dengan apa yang mampu. Jika tidak cukup simpanan atau tunai di tangan, salah satu pilihan yang ada adalah dengan memajak barang yang berharga untuk mendapatkan tunai di tangan dengan cepat dan mudah. Ini sekaligus dapat menolong ahli keluarga yang mengalami kesusahan dengan kadar yang cepat.

4 – Kehilangan Pekerjaan

Tidak dapat dinafikan, sejak kebelakangan ini, ekonomi di Malaysia tidak menentu. Situasi begini membuatkan pasaran pekerja juga tidak menentu dan bagi yang tidak bernasib baik kerana kehilangan pekerjaan, mempunyai tunai di tangan adalah lebih penting  dari mempunyai aset yang berharga untuk disimpan. Untuk menampung kos perbelanjaan harian, pengguna boleh menggunakan khidmat pajak gadai untuk mendapatkan tunai dengan memajak aset yang berharga. Ini membolehkan pengguna untuk meneruskan kehidupan seharian sementara untuk mendapatkan pekerjaan baru.

5 – Terlibat dengan Kemalangan

Malang tidak berbau, dan bagi yang tidak bersedia dengan pelan kecemasan seperti insuran diri, tunai di tangan amat diperlukan untuk membayar kos rawatan di hospital, terutamanya di hospital swasta. Di waktu ini, jika pengguna tiada simpanan atau tunai yang mencukupi, aset berharga boleh digunakan untuk dipajak di kedai pajak. Tunai yang diperoleh dari pajakan ini boleh digunakan untuk perbelanjaan kos rawatan kemalangan tersebut.

Jika bermanfaat, jangan lupa share!