Betul! Maksud jual surat pajak adalah jual emas yang dipajak. Dimana pemajak emas taknak atau tidak mampu nak tebus emas yang dipajak. Ia akan dinilai mengikut berat emas, pinjaman, faedah (tempoh pinjam).
Boleh! Ia bergantung pada tempoh pinjaman dan juga kedai pajak. Biasanya 3 ke 6 bulan selepas tarikh expired barang kemas masih ada lagi. Kalau lama sangat barang kemasnya pun dah dilelong. Boleh hubungi pajak. Tanya samada masih ada atau tidak.
Semestinya tidak, sebab pihak Rezzmai Gold sahaja yang keluarkan modal. Pelanggan tidak rugi apa-apa. Untuk masalah surat pajak, kami akan minta untuk hantar gambar penuh surat pajak (untuk kami kirakan). Anda boleh tutup nama, alamat dan No. IC. Kami hanya perlu butiran berkenaan pajakan seperti Tarikh Pajak, Berat Emas, Keterangan Emas, Nilai Pinjaman serta kadar faedah @ upah simpan sahaja.
Perkhidmatan kami telah dijalankan sejak 2009. Anda boleh tengok pelbagai testimoni & Feedback pelanggan yang telah berurusan dengan pihak kami di seluruh sosial media seperti Facebook, Instagram, Tiktok & Youtube. Hampir 10,000 pelanggan telah selesai berurusan & repeat dengan kami.
Harga emas adalah berbeza setiap hari. Anda boleh menyemak harga emas semasa di aplikasi khas atau semak di laman web bank, Ar-rahnu dan kedai emas terkemuka seperti Oh Kong dan lain-lain.