Ramai orang faham bahawa memiliki emas membolehkan mereka untuk pajak atau jual emas tersebut.
Ini benar kerana emas memang memiliki kelebihan dan salah satu daripadanya ialah kemampuan untuk dipajak dan dijual.
Sebelum anda memutuskan untuk memajak atau menjual emas, anda perlu memiliki pengetahuan dan teknik yang betul.
Ada penyimpan emas yang tidak mampu membayar upah simpan jika mereka memilih untuk memajakkan emas mereka.
Oleh itu, penting untuk memahami waktu yang sesuai untuk memajakkan emas dan waktu yang sesuai untuk menjualnya.
Sebelum membuat keputusan, perlu ada matlamat yang jelas dan wang lebihan untuk mengekalkan kemampuan bagi menebus kembali emas tersebut.
Jika rasa tidak mampu untuk memajak emas, jual emas merupakan alternatif yang memadai kerana emas tetap boleh dibeli semula dan dikumpulkan semula pada masa akan datang.
Apabila memiliki emas dan memerlukan wang dengan segera, terdapat dua cara utama untuk menukarkan atau ‘mencairkan’ emas kepada wang – melalui pajak emas atau penjualan emas.
Memilih di antara kedua-dua pilihan ini melibatkan pertimbangan teliti dan keputusan akhir bergantung kepada keadaan dan keperluan individu.
Jika memilih untuk memajak emas, beberapa perkara perlu diambil kira.
Di sisi lain, jika anda memilih untuk menjual emas pula,
Pajak emas sesuai jika yakin mampu untuk menebus semula emas dan bersedia bayar upah simpan selama tempoh pinjaman.
Manakala jual emas lebih sesuai jika tidak yakin mampu untuk komited membayar upah simpan atau menebus semula emas.
Menjual emas terpakai juga adalah cara yang bijak untuk memperoleh emas baru atau mendapatkan wang tunai segara.
Setelah anda memilih untuk jual emas, barulah anda bergerak kepada persoalan seterusnya.
Dimanakah tempat terbaik untuk menjual emas anda?
Jika anda ingin menjual emas terpakai, dimana tempat terbaik untuk mendapatkan harga yang berbaloi, yakni tinggi?
Rezzmai Gold ada menawarkan perkhidmatan membeli emas dan surat pajak gadai pada harga yang terbaik.
Faktor utama untuk anda pertimbangkan kami sebagai pembeli emas terpakai anda:
Kepakaran emas kami bukan sahaja datang daripada pengalaman tetapi juga melibatkan latihan dan pengetahuan yang terkini dalam pasaran emas.
Anda boleh yakin bahawa transaksi emas anda akan ditangani oleh pakar yang berpengetahuan.
Sebagai syarikat yang berdaftar, kami berkomitmen untuk menjaga standard kualiti dan etika dalam setiap transaksi.
Kepercayaan pelanggan adalah keutamaan kami dan itulah yang membezakan kami sebagai pembeli emas terpakai yang dipercayai.
Kami memahami bahawa proses jual beli emas perlu mudah dan cekap.
Oleh itu, kami telah menyusun sistem urusniaga yang mudah difahami dan dilaksanakan untuk memastikan pengalaman anda adalah positif.
Kehadiran pakar emas kami memastikan anda menerima nilai yang tinggi dan kompetitif untuk setiap transaksi.
Kami berusaha untuk memberikan penawaran yang memuaskan bagi setiap pelanggan. Tiada caj atau harga tersembunyi.
Terdapat dua cara mudah untuk menjual emas dan surat pajak emas.
Dengan mengunjungi Rezzmai Gold, anda dapat berinteraksi dengan wakil jualan kami secara langsung.
Dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses jual beli, dan membuat penilaian emas secara terus.
Alamat: No. 633B Tingkat, 2, Jalan SS 9a/1, Sungai Way Free Trade Industrial Zone, 47300 Petaling Jaya, Selangor
Ini beri peluang untuk anda mendapat jawapan kepada semua pertanyaan dan menjalani proses jual beli dengan lebih yakin.
Bagi anda yang jauh untuk datang ke kedai, Rezzmai Gold juga menyediakan perkhidmatan secara online.
Anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp untuk mendapatkan penilaian dan maklumat lanjut mengenai proses jual beli emas terpakai.
Kami juga ada khidmat nasihat tentang emas dan surat pajak, hubungi kami segera untuk maklumat lanjut.