Emas merupakan sebuah komoditi yang mempunyai nilai universal di seluruh dunia sejak berzaman lamanya. Walaupun kini emas bukan lagi komoditi utama yang yang dijadikan bahan pertukaran dalam urusniaga, masyarakat kini mula beralih arah untuk menggunakan emas sebagai sebuah pelaburan jangka masa panjang.  Setelah membeli emas untuk sesuatu tempoh jangka masa tertentu, pastinya persoalan tentang di mana anda boleh menjual emas tersebut mula timbul.

Ramai pelabur emas yang mula tersilap langkah dan menghadapi kerugian ketika menjual emas dek kerana gagal memilih tempat yang sesuai untuk menjual emas tersebut. Sebelum menjual emas anda, pastikan terlebih dahulu harga emas semasa.  Sekiranya harga tersebut lebih rendah, ataupun hanya mempunyai perbezaan sedikit dengan sewaktu anda membeli emas tersebut, sebaiknya anda simpan dahulu.

Setelah memastikan harga semasa emas, barulah anda bergerak kepada persoalan seterusnya, dimanakah tempat terbaik untuk menjual emas anda. Jadi dimanakah tempat yang sesuai bagi menjual emas anda? Adakah kedai emas?

Kedai emas bukan pilihan terbaik bagi menjual emas anda

Kedai emas sememangnya menjadi pilihan bagi kebanyakan orang sewaktu ingin menjual emas. Namun ianya bukan tempat yang sesuai bagi memaksimakan keuntungan pelaburan emas anda. Walaupun mereka pastinya akan membeli emas yang anda tawarkan, namun harga yang ditawarkan pastinya akan menjadi sangat rendah berbanding harga emas semasa. Lebih-lebih lagi sekiranya anda tidak membeli emas tersebut daripada kedai emas mereka. Mereka juga akan mengenakan kadar spread yang sangat tinggi ketika menawarkan harga belian mereka.

Jadi, kedai emas sememangnya bukanlah pilihan yang terbaik bagi menjual emas anda. Di bawah adalah tiga tempat terbaik bagi menjual emas yang anda miliki bagi mendapatkan hasil terbaik.

  1. Syarikat pengeluar

Syarikat pengeluar merupakan di antara tempat terbaik bagi menjual emas anda. Sebaiknya adalah syarikat pengeluar di mana anda membeli emas tersebut. Hal ini berikutan nilai tinggi yang akan diambil oleh syarikat tersebut.

Namun harus diingat bahawa penjualan emas tersebut mestilah daripada syarikat yang sama. Sekiranya emas tersebut dibeli daripada syarikat pengeluar yang berlainan, maka harga jualan emas tersebut akan dipotong.

Jadi pemilihan syarikat pengeluar untuk anda membeli emas juga harus menjadi faktor penting di dalam proses pembelian emas. Sebaiknya pilihlah syarikat pengeluar yang paling kukuh dan menawarkan peratusan spread emas paling rendah supaya anda dapat memaksimumkan keuntungan di dalam pelaburan emas anda.

2. Pengedar atau dealer emas

Selain daripada syarikat pengeluar emas, pengedar atau dealer emas juga merupakan tempat terbaik bagi menjual emas anda. Kebiasaannya menjual emas kepada pengedar atau dealer emas akan diuruskan dengan lebih cepat berbanding dengan jualan kepada syarikat pengeluar yang mungkin mengambil masa beberapa hari.

Mereka yang juga pelabur emas kebiasaannya akan membeli emas pada harga yang agak tinggi.  Tetapi sebaiknya jualan kepada pengedar dan dealer tersebut mestilah daripada syarikat pengeluar yang sama. Hal ini kerana mereka akan membeli emas anda dengan kadar spread yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Namun harus diingat juga bahawa mereka adalah pelabur emas, jadi kemungkinan untuk anda menjual emas kepada mereka ketika harga emas sedang melambung tinggi adalah sangat tipis.

3. Pembeli atau pelabur emas

Secara asasnya, pembeli emas merupakan tempat terbaik bagi menjual emas anda. Anda boleh menjual emas anda dengan mencari seseorang yang memang berminat bagi pembelian emas tersebut. Boleh jadi, pembeli tersebut datang daripada kalangan keluarga dan rakan terdekat. Ataupun, di zaman tanpa sempadan kini, pembeli tersebut juga boleh datang daripada pembeli atas talian (online).  Kadang kala pembeli emas ini merupakan pelabur yang juga mencari keuntungan melalui urusan jual-beli emas. 

Kebiasaannya, menjual emas kepada syarikat emas atau ejen syarikat emas akan memerlukan anda untuk mengurangkan harga emas tersebut setelah ditolak dengan kadar spread.   Tetapi tidak jika anda menjual emas kepada pembeli emas. Anda mampu menjual emas tersebut dengan harga semasa. Maka, pastinya anda akan mendapat keuntungan terbaik, melebihi daripada kadar jualan kepada syarikat emas.

Namun, anda perlu memastikan pembeli tersebut adalah seseorang yang boleh dipercayai, bagi mengelakkan sebarang masalah ketika urusan penjualan. 

Di Rezzmai Gold Shop, kami menyediakan perkhidmatan membeli emas anda dengan cepat dan mudah. Jika anda berminat untuk menjual emas anda, kami bersedia untuk membeli emas anda pada harga yang tinggi. Anda hanya perlu berhubung dengan kami atau whatsapp di 0176800665. Apa yang istimewa dengan Rezzmai Gold Shop ini, kami menyediakan perkhidmatan membeli emas dengan tiada caj atau harga tersembunyi, layanan staf yang baik dan servis yang bermutu tinggi.

Jika bermanfaat, jangan lupa share!