Dengan kemelesetan ekonomi yang memaksa ramai orang untuk menjual emas, ini sedikit sebanyak menjadi fast-track untuk mendapat wang segera.
Tapi ada juga cara lain, iaitu membuat gadaian emas di kedai emas.
Anda yang membaca ini semestinya sedang mencari yang mana paling berbaloi antara kedua-dua pilihan ini.
Jom kami beri sedikit pengetahuan umum yang patut tahu sebelum buat pilihan antara gadaian emas atau pajak emas.
Sebelum memilih sama ada menjual emas atau menggadai emas anda, ambil peka terhadap kewangan anda.
Jika anda mahu memakai jumlah wang yang besar dalam kadar yang segera dan mampu membayar dalam tempoh 6 bulan, gadai saja emas anda.
Emas anda masih sahaja menjadi milik anda, hanya ditinggalkan seketika sehingga anda menebus balik emas tersebut.
Tetapi, jika anda tidak mampu menanggung kos simpan emas, sebaiknya anda jual sahaja.
Ini bermakna, anda hilang pemilikan emas 100 peratus.
Dalam aspek penjualan emas, akan ada kos susut nilai atau spread, iaitu perbezaan antara harga jual dan harga beli.
Kos spread ini berkemungkinan di antara 6% hingga 9%, bergantung kepada jenama atau jumlah gram emas anda pada ketika itu.
Sebagai contoh, jika anda memilih untuk menjual emas, hendak pula emas PG, paling maksimum kos yang anda tanggung adalah 9%.
Tetapi, jika anda memajak emas, contohnya selama 6 bulan, kira-kira kos pajak hanyalah 6.9% (jika kos pajak adalah 1.15% sebulan).
Di sini, anda telah berjimat sebanyak 2.1% (9%-6.9%) jika anda menggadai emas di kedai pajak gadai.
Jadi, yang mana paling berbaloi?
Nilai tahap risiko yang anda boleh tanggung.
Gadaian emas biasanya melibatkan pegangan emas dalam beberapa tempoh oleh pihak pajak gadai.
Sebagai contoh, anda menggadai emas di kedai Ar-Rahnu; anda hanya bayar kos upah simpan sahaja selama mana anda memajak emas itu.
Bermakna, anda hanya menanggung risiko ini sehingga anda mampu menebus emas.
Sebaliknya, jual emas bermaksud anda menanggung risiko kehilangan pemilikan emas selama-lamanya.
Tambahan lagi, harga jual akan lebih rendah dari harga beli sebelum ini, walaupun anda baru sahaja membelinya semalam.
Seperti yang kami sebut sebentar tadi, bandingkan terma serta syarat-syarat yang dikenakan.
Contohnya, teliti faktor kadar bunga, jadual pembayaran semula, dan penalti sekiranya pembayaran lewat.
Selain itu, pertimbangkan potensi kesan kadar faedah yang turun naik ke atas kemampuan membayar balik pinjaman.
Selepas meneliti faktor-faktor di atas; anda dah pilih antara kedua dua pilihan ini?
Gadaian emas bagus untuk mereka yang:
Manakala, menjual emas ini sesuai untuk:
Mana-mana pilihan pun boleh sahaja, asal anda mampu menanggung risiko sahaja.
Tetapi, hutang tetap hutang. Ada kalanya kita terlepas pandang dengan bayaran bulanan kos upah simpan ini.
Ada juga yang tidak mampu membayar sehingga merugikan diri sendiri. Akhirnya, mereka tidak berjaya menebusnya.
Bila situasi ini berlaku, takut-takut harga jualan lelong lebih rendah dari nilai emas anda.
Jadi, baik jual sahaja, bukan?
Jualan emas ini boleh dilakukan dengan menjual surat pajak di kedai pajak gadai berdekatan.
Jika ada diantara anda tinggal di:
Jom jual surat pajak anda di Rezzmai Gold.
Rezzmai Gold menawarkan servis pembelian surat pajak serta emas pada harga terbaik untuk anda.
Kami terdiri dari pakar yang mahir dalam selok-belok berkenaan surat pajak konvensional mahupum Ar-Rahnu selama belasan tahun.
Jangan risau, kami tidak meletakkan caj tersembunyi dalam harga pembelian kami.
Berurusan kami sangat mudah, ikut sahaja cara berikut:
Untuk berurusan dengan kami, di nombor Whatsapp yang tertera di website kami.
Beritahu kami di Whatsapp urusan anda.
Jika anda mahu menjual surat pajak, hantar gambar surat pajak anda.
Jika mahu menjual emas, tulis di chat box berat emas dan mutu.
Jika anda setuju dengan terma dan syarat kami, kami akan tetapkan tarikh temujanji secepat mungkin.
“Ingat Surat Pajak, Ingat Rezzmai Gold”