Rezzmai Gold merupakan antara premis pajak gadai yang memberikan perkhidmatan terbaik jual surat pajak gadai di Ipoh dan juga membeli barang kemas lama, terpakai dan rosak. Selain itu, ia turut menawarkan perkhidmatan membeli semula dan jual surat pajak gadai di Ipoh. Jadi, pelanggan yang memajak barang kemas tetapi tidak mampu menebus kembali barang tersebut mengikut jangka masa yang telah ditetapkan, anda adalah individu yang Rezzmai Gold cari. 

Sistem pajak gadai mengikut syariah atau dikenali sebagai Ar-rahnu adalah sistem pajak gadai terbaik yang tidak membebankan pemajak gadai. Ini kerana bagi pajak gadai secara konvensional, faedah atau bunga mencapai sehingga dua peratus sebulan atau 24 peratus setahun akan dikenakan kepada pemajak gadai . 

Bagi sistem pajak gadai secara Ar-rahnu pula ia memperoleh keuntungan dengan mengamalkan upah simpanan yang amat berpatutan iaitu antara RM0.60 sehingga RM0.70 sebulan mengikut nilai marhun (nilai pinjaman). Jadi anda boleh lihat disini perbezaan yang amat ketara keuntungan yang diperoleh premis pajak gadai Ar-rahnu dan premis pajak gadai konvensional. Dari sini dapat dilihat juga perbezaan ketara tahap kesulitan pemajak gadai apabila sampai waktu untuk menebus barang kemas tersebut.

Walaubagaimanapun sistem pajak gadai Ar-rahnu memerlukan pemajak gadai untuk mengikuti pelbagai prosedur yang ketat. Setiap maklumat pemajak gadai dan pinjaman yang dilakukan akan disimpan datanya di dalam sistem CCRIS dan CTOS; yang merupakan institusi di bawah seliaan Bank Negara. 

Jika sekiranya terdapat permasalahan seperti lewat pembayaran upah simpanan sehingga satu jangka tertentu, ataupun barang kemas yang gagal ditebus dalam jangka masa yang telah ditetapkan, nama-nama individu ini akan disenaraihitamkan oleh CCRIS atau CTOS dan seterusnya menyebabkan kesulitan dalam membuat pinjaman dari institusi perbankan pada masa akan datang. 

Bagi Rezzmai Gold pula perkhidmatan yang ditawarkan walaupun masih lagi secara konvensional, tidak mempunyai sebarang bentuk caj dan harga tersembunyi yang dikenakan kepada pelanggan. Perkhidmatan yang ditawarkan juga adalah telus dan cermat  termasuklah dalam proses timbangan barang kemas dan catatan pada surat pajak gadai. Harga gadaian juga adalah lebih tinggi berbanding harga yang ditawarkan oleh premis pajak gadai berlesen yang lain.

Jadi bagi anda yang berada di sekitar Ipoh usah risau untuk jual surat pajak gadai anda di Ipoh. Walaupun lokasi Rezzmai Gold terletak di Petaling Jaya, Selangor, ia tetap menawarkan perkhidmatannya jauh hingga ke sekitar Ipoh. Anda tidak perlu sehingga ke Selangor semata-mata untuk jual surat pajak gadai di Ipoh. Cukup hanya sekadar berurusan dengan kakitangan mereka secara dalam talian. 

Prosedur yang akan anda hadapi bagi menjual surat pajak anda dengan Rezzmai Gold adalah seperti berikut: 

  1. Pelanggan datang ke premis pajak gadai Rezzmai Gold atau berhubung terus secara dalam talian, melalui aplikasi ‘WhatsApp’ dan sebagainya, akan memberi segala maklumat berkenaan dengan surat pajak yang ingin dijual. Kedua-dua pihak seterusnya mendapatkan persetujuan secara bersama bagi harga barang yang ingin ditebus dan nilai baki yang pelanggan akan terima.
  2. ‘Runner’ dari Rezzmai Gold akan berjumpa dengan pelanggan di kedai pajak gadai yang berkaitan dan membawa bersama modal mencukupi bagi menebus barang kemas yang bersamaan apa yang telah dicatatkan dalam surat pajak. 
  3. ‘Runner’ juga akan melunaskan baki tunai yang terhutang kepada pelanggan iaitu baki amaun yang masih tertinggal di premis pajak gadai tersebut sekiranya ada.
  4. Pelanggan perlu memastikan membawa kad pengenalan dan surat pajak bagi barang kemas yang ingin ditebus.
  5. Segala proses akan diselesaikan dengan segera pada pertemuan tersebut bagi menyenangkan kedua-dua belah pihak. 

Komoditi emas boleh dikatakan adalah komoditi yang terbaik yang boleh dijadikan sebagai pelaburan jangka masa panjang. Selain mudah dicairkan ke bentuk tunai, ia juga mempunyai harga pasaran yang tinggi dan stabil. 

Justeru Rezzmai Gold sentiasa memastikan para pelanggan dapat menguruskan emas mereka terutamanya barang kemas terpakai dan juga surat pajak secara bijak. Pastikan sekiranya ia mahu dicairkan kepada tunai, pelanggan dapat mengunjungi premis pajak gadai yang sentiasa membantu tanpa ada unsur-unsur penindasan. 

Disebabkan itu juga, Rezzmai Gold cuba untuk menembusi pasaran pajak gadai di seluruh Malaysia seperti di Ipoh dan kawasan sekitar. Dengan menggunakan pelbagai medium perhubungan seperti media sosial dan menghubungi secara dalam talian, diharapkan setiap individu yang berkeperluan untuk menjual surat pajak untuk terus menghubungi Rezzmai Gold. Kesulitan anda pasti akan terbela tanpa istilah untung berat sebelah dan penindasan. 

Antara kelebihan yang pelanggan akan dapat sekiranya berurusan dengan Rezzmai Gold adalah seperti berikut:

  1. Tiada istilah simpanan data pemajak gadai dalam institusi seperti CCRIS atau CTOS.
  2. Sesiapa sahaja yang berumur lebih daripada 18 tahun mengikut Akta Pajak Gadai 1972 dan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 boleh berurusan dengan Rezzmai Gold. Jadi ini memberi peluang kepada individu yang mungkin telah pun disenaraihitamkan sebelum ini untuk juga mencari jalan penyelesaian masalah kewangan masing-masing. 
  3. Tiada prosedur yang kompleks. Malahan mereka yang berada jauh daripada premis pajak gadai Rezzmai Gold tidak perlu langsung ke sana. Kakitangan Rezzmai Gold yang berada di pelbagai kawasan di semenanjung Malaysia pasti dapat membantu anda. 
  4. Standard operasi yang terbaik dengan perkhidmatan yang telus, memastikan setiap barang kemas yang ingin dipajak dan sebagainya ditimbang dan disukat serta dicatatkan dengan teliti dalam surat pajak serta catatan premis.
  5. Harga nilai gadaian emas yang lebih tinggi berbanding dengan harga yang ditawarkan oleh premis pajak gadai yang lain.
  6. Tidak mengenakan sebarang harga atau caj tambahan yang tersembunyi kepada para pelanggan.
  7. Layanan kakitangan yang terlatih dan mesra pelanggan.

Jadi walaupun anda yang berada jauh di Ipoh dan kawasan sekitar, anda masih lagi boleh menggunakan perkhidmatan Rezzmai Gold. Sebarang informasi selanjutnya anda boleh dapatkan di laman sesawang Rezzmai Gold di https://rezzmaigold.com. Anda pasti akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Jika bermanfaat, jangan lupa share!