Pajak Gadai 

Pada anda yang berada di Melaka dan ingin menjual surat pajak anda di Melaka Bandaraya Bersejarah ini,  anda perlu fahami terlebih dahulu apa itu pajak gadai dan istilah-istilah yang berkaitan. 

Pajak gadai bermaksud pinjaman wang secara tunai yang di buat di premis pajak gadai dengan meletakkan barangan berharga seperti barang kemas sebagai cagaran untuk tempoh masa tertentu. Ini berlaku di antara pemegang pajak gadai dan pemajak gadai. 

Siapa Pemegang Pajak Gadai Dan Siapa Pula Pemajak Gadai?

Pemegang pajak gadai adalah orang yang memberi pajakan, manakala pemajak gadai adalah mereka yang memajakkan barangan mereka kepada pemegang pajak gadai bagi mendapatkan pinjaman kewangan.   

Tiada sekatan untuk menebus kembali barangan anda. Namun harus diingatkan anda perlu menebus barang yang anda cagarkan itu dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Sekiranya anda tidak berupaya menebus tepat pada masanya, barang kemas anda mungkin akan berpindah milik ataupun terpaksa dilelong secara terbuka bagi membayar balik wang pinjaman yang anda tidak mampu tebus tadi. 

Jual Surat Pajak 

Tiada kemampuan menebus semula menyebabkan menjual surat pajak merupakan salah satu pilihan yang anda ada bagi mengelakkan barang kemas anda terlepas ke tangan orang lain begitu sahaja. 

Ringkasnya, jual surat pajak berlaku apabila anda menerima modal untuk menebus barang yang anda gadai tadi daripada pihak ketiga yang juga merupakan premis pajak gadai. Kali ini kita akan bercerita tentang premis yang dapat anda jual surat pajak anda di Melaka.

Apa itu Surat Pajak? 

Surat pajak merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh pemegang pajak gadai apabila transaksi bersama pemajak gadai berlaku. Surat pajak mengandungi segala butiran berhubung transaksi, maklumat terperinci barang yang dipajak termasuklah bentuk fizikal, segala kecacatan dan sebagainya sekiranya ada.

Penting untuk mencatatkan maklumat pemajak gadai secara terperinci seperti nama penuh alamat dan nombor telefon bagi memudahkan pemajak gadai untuk dihubungi kemudiannya, sekiranya berlaku sesuatu yang memerlukan pemajak gadai dimaklumi.

Tempoh pajakan adalah selama enam bulan. Nilai pinjaman terhadap pajakan pula adalah sehingga 70% daripada nilai barangan yang dipajak ataupun bergantung kepada budi bicara pemegang pajak gadai. 

Surat Pajak Gadai Konvensional dan Ar-Rahnu

Ar-Rahnu diwujudkan di Malaysia apabila pajak gadai secara konvensional dilihat amat menekan pemajak gadai ataupun individu yang meminjam. Ini termasuklah proses transaksi yang tidak telus dan kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 2% sebulan ataupun 24% setahun. 

Konsep faedah yang menekan telah digantikan dengan istilah upah simpan iaitu bersamaan 0.75%  sebulan daripada nilai barangan yang dipajak. Ringkasnya, sistem Ar-Rahnu adalah lebih baik, telus, selamat, sistematik dan tidak membebankan. 

Perbezaan Surat Pajak Gadai Konvensional dan Pajak Gadai Islam

Untuk pengetahuan anda, penubuhan pajak gadai Islam atau Ar-Rahnu di Malaysia dimulakan di Malaysia sejak tahun 1992 bermula di Terengganu. Dengan cara yang lebih teratur dan tidak membebankan, Ar-Rahnu kemudiannya diterima ramai dan semakin berkembang sehingga kini. 

Berikut disenaraikan perbandingan di antara pajak gadai konvensional dan pajak gadai secara Ar-Rahnu.

1. Surat Pajak Gadai Konvensional

Kelebihan

  1. Nama pemajak tidak dimasukkan dalam sistem CCRIS atau CTOS. Jadi ia mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja walaupun mereka yang disenaraihitam.
  2. Lebih mudah untuk membuat pajakan. Tiada syarat ketat yang disertakan.
  3. Transaksi terbuka terhadap sesiapa sahaja walaupun individu bukan warganegara.
  4. Berdasarkan rundingan atau budi bicara samada dengan nilai lebih tinggi atau lebih rendah. 
  5. Emas dalam pelbagai bentuk samada bar, syiling, coin, emas padu ataupun emas berbatu.

kekurangan

  1. Barangan pajakan tidak dicatat ciri-ciri atau fizikalnya secara terperinci. Jadi terdapat mutu atau fizikal emas yang mungkin diubah tanpa pengetahuan pemajak.
  2. Kadar faedah pinjaman amat tinggi iaitu 2% sebulan ataupun 24% setahun.
  3. Pajakan yang tamat tempoh akan dijual samada secara lelongan ataupun dianggap lebur disebabkan kurang pengawasan daripada pihak berwajib. 

2. Surat pajak gadai Ar-Rahnu

Kelebihan

  1. Upah pinjaman rendah sekitar 0.75% sebulan dari harga marhun ataupun harga barang pajakan. 
  2. Setiap jenis, mutu dan fizikal emas dicatatkan secara terperinci. 
  3. Sekiranya lelongan barangan pajakan perlu dilakukan, ia akan dilakukan secara terbuka dan mengelak syubhah.
  4. Surat pajak boleh disambung semula jangka masanya dengan membayar upah pinjaman.

Kekurangan 

  1. Nama pemajak dimasukkan ke dalam sistem CCRIS yang dipantau oleh Bank Negara. Dengan sistem ini setiap transaksi kewangan seperti pinjaman dan sebagainya akan direkodkan. 
  2. Individu yang telah disenaraihitam di dalam sistem CCRIS tidak dibenarkan untuk melakukan transaksi Ar-Rahnu.
  3. Jumlah pinjaman tidak boleh dibincang secara budi bicara kerana semuanya disimpan di pangkalan data.
  4. Tidak menerima transaksi pajakan emas bar, coin, syiling, dinar dan emas berbatu yang lain.

Diharapkan anda dapat menjual surat pajak anda di Melaka dengan memilih premis pajak gadai terbaik dan bersesuaian dengan situasi anda. Jika anda hendak menjual surat pajak di Melaka, anda boleh lawati website kami rezzmaigold.10web.site untuk menjual surat pajak anda dengan mudah dan segera.

Jika bermanfaat, jangan lupa share!