Jual Surat Pajak Seremban

Pajak GadaiĀ 

Adakah anda pernah melakukan transaksi pajak gadai dengan memajak barangan berharga seperti barang kemas untuk mendapatkan tunai segera? Dan sekiranya pernah, adakah anda mengalami situasi di mana anda tidak mampu menebus barangan berharga yang dipajakkan dan akhirnya anda terpaksa menjual surat pajak anda?

Jika sekiranya anda kini di Seremban, dan anda ingin jual surat pajak gadai anda di Seremban ini, anda perlu  teruskan membaca. Namun terlebih dahulu mari kita fahami dulu apakah itu pajak gadai secara ringkas.

Pajak gadai bermaksud membuat pinjaman wang secara tunai di premis pajak gadai dengan meletakkan barangan berharga seperti barang kemas sebagai cagaran bagi tempoh waktu tertentu. Situasi ini berlaku di antara pemegang pajak gadai dan pemajak gadai. 

Pemegang pajak gadai adalah orang yang memberi pajakan, manakala pemajak gadai adalah mereka yang memajakkan barangan mereka kepada pemegang pajak gadai bagi mendapatkan pinjaman kewangan.   

Anda boleh menebus barang yang anda cagarkan itu pada bila-bila masa dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Namun sekiranya anda tidak berupaya menebus tepat pada masanya, barang kemas anda mungkin akan berpindah milik ataupun terpaksa dilelong secara terbuka bagi membayar balik wang pinjaman yang anda tidak mampu tebus tadi. 

Jual Surat Pajak 

Pada situasi beginilah jual surat pajak merupakan salah satu pilihan yang anda ada bagi mengelakkan barang kemas anda terlepas ke tangan orang lain begitu sahaja. 

Secara mudahnya jual surat pajak ini berlaku apabila anda menerima modal untuk menebus barang yang anda gadai tadi daripada pihak ketiga yang juga merupakan premis pajak gadai. Kali ini kita akan bercerita tentang premis yang dapat anda jual surat pajak anda di Seremban.

Surat Pajak 

Surat pajak merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh pemegang pajak gadai apabila transaksi bersama pemajak gadai berlaku. Surat pajak mengandungi segala maklumat berhubung transaksi, maklumat terperinci barang yang dipajak termasuklah bentuk fizikal, segala kecacatan dan sebagainya sekiranya ada.

Juga menjadi keutamaan untuk mencatat nama pemajak, tempoh pajakan dan sebagainya. Selalunya tempoh pajakan adalah selama enam bulan. Nilai pinjaman terhadap pajakan pula adalah sehingga 70% daripada nilai barangan yang dipajak ataupun bergantung kepada bicara pemegang pajak gadai. 

Surat Pajak Gadai Konvensional dan Ar-Rahnu

Pajak gadai di Malaysia terbahagi kepada dua jenis iaitu secara konvensional dan secara Islam ataupun Ar-Rahnu. Ar-Rahnu diwujudkan di Malaysia apabila pajak gadai secara konvensional dilihat amat menekan pemajak gadai ataupun individu yang meminjam. Ini termasuklah proses transaksi yang tidak telus dan kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 2% sebulan ataupun 24% setahun. 

Konsep faedah telah digantikan dengan istilah upah simpan di mana ia adalah bersamaan 0.75%  sebulan daripada nilai barangan yang dipajak. Dalam erti kata lain, sistem Ar-Rahnu adalah lebih baik, telus, selamat, sistematik dan tidak membebankan. 

Perbezaan Surat Pajak Gadai Konvensional dan Pajak Gadai Islam

1. Surat Pajak Gadai Konvensional

Kelebihan

  1. Lebih mudah untuk membuat pajakan. Tiada syarat ketat yang disertakan.
  2. Tidak bimbang untuk membuat transaksi terhadap sesiapa sahaja walaupun individu bukan warganegara.
  3. Emas dalam pelbagai bentuk samada bar, syiling, coin, emas padu ataupun emas berbatu.
  4. Berdasarkan rundingan atau budi bicara samada dengan nilai lebih tinggi atau lebih rendah. 
  5. Nama pemajak tidak dimasukkan dalam sistem CCRIS atau CTOS. Jadi ia mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja walaupun mereka yang disenaraihitam.

kekurangan

  1. Kadar faedah pinjaman amat tinggi iaitu 2% setahun ataupun 24% setahun
  2. Pajakan yang tamat tempoh akan dijual samada secara lelongan ataupun dianggap lebur disebabkan kurang pengawasan daripada pihak berwajib. 
  3. Barangan pajakan tidak dicatat ciri-ciri atau fizikalnya secara terperinci. Jadi terdapat mutu atau fizikal emas yang mungkin diubah tanpa pengetahuan pemajak

2. Surat pajak gadai Ar-Rahnu

Kelebihan

  1. Upah pinjaman rendah sekitar 0.75% sebulan dari harga marhun ataupun harga barang pajakan. 
  2. Setiap jenis, mutu dan fizikal emas dicatatkan secara terperinci. 
  3. Surat pajak boleh disambung semula jangka masanya dengan membayar upah pinjaman
  4. Sekiranya lelongan barangan pajakan perlu dilakukan, ia akan dilakukan secara terbuka dan mengelak syubhah

Kekurangan 

  1. Nama pemajak dimasukkan ke dalam sistem CCRIS yang dipantau oleh Bank Negara. Dengan sistem ini setiap transaksi kewangan seperti pinjaman dan sebagainya akan direkodkan. 
  2. Tidak menerima transaksi pajakan emas bar, coin, syiling, dinar dan emas berbatu yang lain
  3. Jumlah pinjaman tidak boleh di bincang secara budi bicara kerana semuanya disimpan 
  4. Individu yang telah disenaraihitam di dalam sistem CCRIS tidak dibenarkan untuk melakukan transaksi Ar-Rahnu.

Dengan panduan ini, diharapkan agar anda dapat menjual surat pajak anda di Seremban dengan memilih premis pajak gadai terbaik dan bersesuaian dengan situasi anda. Jika anda hendak menjual surat pajak di Seremban, anda boleh lawati website kami rezzmaigold.10web.site untuk menjual surat pajak anda dengan mudah dan segera.

Jika bermanfaat, jangan lupa share!