surat pajak emas

Jika anda berminat untuk jual surat pajak emas, anda berada di tempat yang betul. Anda mungkin tidak pasti mengenai perkara ini.

Dalam artikel ini, kami akan mendedahkan rahsia yang anda tidak tahu mengenai jual surat pajak gadai emas ini.

Mengapa Jual Surat Pajak Gadai?

Dengan surat pajak gadai,  pemegang surat boleh menebus wang untuk barang seperti emas. Segala maklumat tentang barang berharga ada dalam surat ini.

Untuk menebus barang emas milik anda, anda perlu membawa surat. Hal ini kerana, ini akan memudahkan proses penjualan dan pembelian emas anda.

Dengan menjual surat pajak gadai ini, anda sebenarrnya boleh mendapat nilai melebihi surat gadai itu.

Sebagai contoh, jika nilai emas anda RM1800 (mengikut harga emas terpakai) dan dipajak dengan harga RM1200, Kami akan nilai surat pajak anda mengikut berat dan amaun pinjaman.

Jika pajak gadaian RM1200 dengan faedah RM100 (Jumlah perlu bayar pada pajak RM1300), anda akan mendapat keuntungan sebanyak RM500 bersih selepas tolak Pinjaman Serta faedah. 

Nak tahu lebih lanjut cara kiraan boleh Klik Disini.

Menarik bunyinya bukan?

Pinjaman dan faedah ditanggung oleh syarikat pembeli surat pajak dan mereka juga menyediakan modal untuk tebus. Senang kan?

Prosedur Jual Surat Pajak

Sekarang, kami akan ceritakan prosedur yang dilakukan oleh syarikat Rezzmai Gold:

Langkah 1: Rundingan

surat pajak emas

Sebelum anda memulakan urusan dengan kami, anda bebas untuk membuat rundingan mengenai harga dan baki

Kami akan mempertimbangkan dengan teliti dan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Langkah 2: Jual Surat Pajak Anda

surat pajak emas

 

Apabila persetujuan dicapai oleh kedua-dua belah pihak, sekarang kita boleh ke langkah yang seterusnya iaitu proses jualan.

Anda perlu membawa kad pengenalan dan surat pajak di kedai pajak. 

Pihak kami akan menghantar team runner secepat mungkin kepada anda untuk proses jual surat pajak gadai di kedai pajak.

Setelah surat itu dijual, team runner kami akan terus memberikan baki wang kepada anda. Dengan ini, selesai proses anda untuk menjual surat pajak.

Dengan 2 langkah mudah, anda dapat jual surat pajak dengan begitu mudah dengan Rezzmai Gold.

Di Mana Tempat Untuk Menjual Surat Pajak

surat pajak emas

Rezzmai Gold adalah pilihan yang terbaik jika anda mencari syarikat mengenai barang kemas anda.

Di sini kami boleh bantu anda untuk jual surat pajak dan emas anda pada harga yang tinggi.

Selain itu, jika anda mahu jual, kami juga boleh membeli surat gadai dan emas milik anda dengan harga yang tinggi.

Setelah anda berunding dengan kami, anda tidak perlu risau tentang apa-apa lagi kerana kami akan menguruskan segalanya untuk anda.

Risau tidak boleh dapatkan perkhidmatan kami? Rezzmai Gold cover 7 kawasan dalam negara ini.

Jadi, jika anda berada dalam kawasan yang kami cover, anda boleh hubungi kami pada bila-bila masa sahaja:

  • Kuala Lumpur
  • Selangor
  • Seremban
  • Melaka
  • Johor Bahru
  • Ipoh
  • Kota Bharu

Kesimpulan

Dengan Rezzmai Gold, proses jual surat pajak gadai boleh dilakukan dengan mudah.

Rahsia yang anda perlu tahu adalah anda akan dapat untung yang banyak apabila menjual surat pajak gadai kepada kami

Jika anda mencari servis pembelian emas dan jual surat pajak di KL, anda perlu memilih Rezzmai Gold Shop seperti yang disarankan sebelum ini.

Ini adalah antara kelebihan yang anda akan nikmati:

  • Tiada caj atau harga tersembuyi
  • Layanan staff terbaik
  • Servis yang bermutu tinggi

Rezzmi Gold juga menyeru anda untuk menceburi bidang industri emas ini kerana terdapat banyak kelebihan. 

Selain dari kelebihan yang telah dinyatakan di atas iaitu mudah dicairkan, nilai tidak susut dan dapat dijadikan sebagai wang kecemasan. 

Berikut adalah kelebihan-kelebihannya:

  • Tak Perlu Cari Pelanggan

Anda tidak perlu risau untuk mencari pelanggan kerana emas di sudah diketahui oleh ramai orang. Disebabkan oleh itu, ramai orang masih membeli emas bagi tujuan simpanan. 

Begitu juga dengan surat gadai. 

Jika anda mempunyai modal untuk menjual dan membeli semula emas tersebut, keuntungan tetap akan berpihak kepada anda disebabkan oleh nilai emas yang tidak susut.

  • Simpanan Untuk Jangka Masa Panjang Juga Berikan Keuntungan

Seperti yang telah dinyatakan pada bahagian awal artikel, nilai emas semakin meningkat tahun demi tahun.

Jika anda membelinya bagi tujuan simpanan jangka masa panjang, anda juga akan peroleh keuntungan kerana anda dapat jual semula emas tersebut dengan harga lebih tinggi.

  • Nilai Tidak Susut

Nilai emas semakin hari semakin meningkat oleh kerana permintaan dan nilainya yang tinggi di seluruh dunia. 

Hanya baru-baru terdapat artikel yang menyatakan harga telah naik dengan mendadak. Satu auns emas sekarang mempunyai harga sekitar RM8,443.

Oleh itu, anda beruntung kerana nilai emas anda tidak akan hilang malah ia akan semakin bernilai.

Jadi apa lagi anda tunggu? Hubungi kami sekarang

Jika bermanfaat, jangan lupa share!