Emas adalah salah satu logam berharga pertama yang diketahui manusia. Sebagai tindak balas semulajadi keindahan dan ketinggiannya, emas menjadi simbol kekuasaan dan kekayaan di hampir setiap tamadun yang memilikinya.

Namun bagaimanakah emas mula menjadi matawang yang menjadi aset terpenting di dalam sejarah manusia? Apakah sejarah industri jual beli emas? Inilah topik yang akan dibincangkan di dalam artikel ini.

Sejarah penemuan emas

Pakar Arkeologi tidak dapat mengenalpasti secara tepat pada waktu bilakah emas mula ditemui. Tetapi menurut lukisan-lukisan yang ditemui di dalam gua purba menunjukkan ianya berkemungkinan sudah pun mula diketahui oleh manusia sejak 40,000 tahun sebelum masihi lagi.

Salah satu kawasan yang dipercayai menggunakan emas paling awal adalah di Bulgaria, di sebuah kawasan yang di panggil Perkuburan Varna sekitar tahun 4600 sebelum masihi. Emas dijumpai ditanam bersama-sama dengan beberapa individu di kawasan perkuburan tersebut.

Tamadun Mesopotamia kuno mula menggunakan emas sebagai perhiasan sejak 2600 tahun sebelum masihi, yang mana seterusnya telah menjadikan emas digunakan secara besar-besaran bagi tujuan pelbagai kegunaan estetika dan dekoratif.

Pada 1223 tahun sebelum masihi pula, makam Firaun Tutankhamen daripada tamadun Mesir purba juga turut dibina menggunakan emas sebagai bahan utama.

Emas sebagai matawang

Sepanjang sejarah, emas sering digunakan sebagai alat pertukaran bagi sistem barter untuk tujuan perdagangan.

Ianya pertama kali digunakan sebagai bentuk mata wang pada tahun 500 Sebelum Masihi, iaitu ketika Darius the Great, raja bagi Empayar Parsi, memerintah untuk menempa syiling emas yang pertama, yang dikenali sebagai “daric”.

Penempaan syiling emas ini adalah untuk membantu membiayai ekspedidi ketenteraannya ke kawasan yang jauh daripada Parsi.

Tahun 1800-an menyaksikan berlakunya Gold Rush, di mana ramai pelombong mula bergegas ke kawasan tertentu untuk mencari logam berharga, dengan harapan untuk menjadi jutawan sekiranya mereka menemui emas.

Perjanjian Bretton Wood

Sebuah lagi perkara penting dalam sejarah moden emas adalah perjanjian Bretton Woods.

Kedua-dua perang dunia telah menghancurkan ekonomi antarabangsa dan pada akhir Perang Dunia II, para pemimpin negara besar dunia datang bersama-sama untuk mencipta standard pertukaran emas secara global, dan mengikatnya dengan Dollar Amerika Syarikat.

Selepas berakhirnya perang, Amerika Syarikat muncul sebagai negara terkuat, baik secara ketenteraan mahupun ekonomi.

Jadi, Dolar AS telah dipilih berdasarkan perjanjian Bretton Woods dan ini menjadikan Amerika Syarikat sangat kuat di pasaran antarabangsa. Langkah itu adalah salah satu mata paling penting bagi harga emas dan ekonomi Amerika Syarikat, kerana ia membuka jalan bagi Amerika Syarikat untuk menjadi kuasa besar secara global.

Jual beli emas sebagai pelaburan

Jual beli emas sebagai salah satu bentuk pelaburan hanya benar-benar bermula pada tahun 1970-an di Amerika Syarikat. Hal ini berikutan daripada Akta Rizab Emas 1934 yang telah membuat pemilikan emas, atau apa-apa jual beli berkaitan dengan emas adalah haram.

Namun akta ini akhirnya telah dipinda di negara Uncle Sam tersebut, menjadikan jual beli emas sah di sisi undang-undang pada tahun 1975.

Emas adalah pelaburan yang popular di kalangan pelbagai pelabur yang ingin mempelbagaikan portfolio mereka di luar stok dan saham tradisional. 

Pelaburan emas juga mempunyai risiko yang jauh lebih rendah berbanding pelaburan-pelaburan yang lain.

Memiliki emas sebagai pelaburan dalam tempoh yang panjang telah terbukti membawa hasil yang lebih konsisten dan lumayan berbanding dengan aset pelaburan yang lain, menurut rekod pada 45 tahun kebelakangan ini.

Hari ini, emas kebiasaanya dibeli sebagai pelaburan bagi melindung nilai aset daripada inflasi.

Harga emas juga seringkali dilihat meningkat semasa krisis ekonomi berlaku. Sebab  utama ini berlaku adalah kerana pada masa ketidaktentuan ekonomi, orang sering beralih kepada aset ketara di mana untuk menyimpan kekayaan mereka sekiranya berlaku crash dalam pasaran. Salah satu contoh menarik yang boleh dilihat adaah semasa krisis kewangan 2009 apabila harga emas naik ke tahap tertinggi dalam sejarah.

Jika bermanfaat, jangan lupa share!