Jika anda pernah meminjam wang dengan menggunakan barang berharga sebagai jaminan, anda mungkin pernah berurusan dengan menggunakan surat pajak gadai.

Surat pajak gadai adalah dokumen yang dikeluarkan oleh pihak bank atau institusi kewangan yang meminjamkan wang kepada anda.

Namun, apa yang berlaku jika surat pajak gadai tamat tempoh dan anda tidak dapat menebusnya?

Mari kita lihat prosedur penjualan surat pajak gadai.

Pemahaman Surat Pajak Gadai

Surat pajak gadai adalah dokumen tanda anda telah meletakkan barang kemas sebagai jaminan untuk mendapatkan pinjaman wang tunai dari bank atau institusi kewangan lain.

Apabila anda gagal untuk menebus surat pajak gadai yang tamat tempoh, kedai pajak gadai berhak untuk melelong barang kemas tersebut untuk mendapatkan kembali jumlah pinjaman yang diberikan.

Mengapa Surat Pajak Gadai Boleh Tamat Tempoh?

Surat pajak gadai boleh tamat tempoh kerana pelanggan gagal untuk membayar balik pinjaman wang tunai dan faedah yang dikenakan.

Ini boleh berlaku kerana pelbagai sebab termasuk masalah kewangan dan kehilangan pekerjaan.

Ada juga disebabkan oleh keperluan mendesak lain yang menghalang pelanggan daripada membuat pembayaran tepat pada masanya.

 

Prosedur Penjualan Surat Pajak

Prosedur penjualan surat pajak gadai biasanya dimulakan dengan pemberitahuan kepada pelanggan.

Pelanggan akan diberitahu tempoh pembayaran telah tamat dan tindakan akan diambil untuk menjual barang jaminan.

Selepas itu, langkah-langkah berikut biasanya diambil:

1. Pemulangan Barang

Pelanggan diberikan tempoh tertentu untuk menebus barang jaminan sebelum proses penjualan dilakukan.

2. Pengesahan Kepemilikan

Pihak pajak gadai atau bank akan mengesahkan kepemilikan barang tersebut sebelum menjualnya.

3. Pengumuman Awam

Terdapat pengumuman awam yang dikeluarkan untuk memberitahu orang ramai mengenai penjualan barang tersebut.

4. Barang Kemas Dilelong

Barang jaminan kemudian dilelong kepada penawar tertinggi untuk mendapatkan kembali jumlah pinjaman yang diberikan.

Jual Sahaja Surat Pajak di Rezzmai Gold

Tak mampu membayar kos upah simpan setiap bulan di kedai pajak gadai? Tidak mengapa, jual surat pajak di Rezzmai Gold.

Jika barang kemas anda masih di kedai pajak, hubungi Rezzmai Gold.

Kebiasaannya, surat pajak masih ada di kedai pajak dalam 3 hingga 6 bulan. Jadi, jangan risau jika anda takut barang kemas anda dilelong.

Kami akan mengira dan mengguruskan prosedur ini untuk anda.

Jual Surat Pajak Lebih Berbaloi di Rezzmai Gold

Di Rezzmai Gold, kami akan menjual emas anda pada harga terbaik dan surat pajak anda pada harga tinggi.

Selain itu, seperti yang dinyatakan sebelum ini, Rezzmai Gold akan membantu anda jika anda ingin menjual surat gadai.

Anda hanya perlu berunding dengan kami dan kami akan membantu anda sepanjang prosedur ini.

Jika anda mempunyai barang kemas di rumah yang tidak akan digunakan lagi, ini adalah pilihan yang baik.

Dari simpan, lebih baik anda menjual barang kemas anda dengan Rezzmai Gold.

Kami akan membantu anda memudahkan urusan, jadi anda tidak perlu bersusah payah.

Bagaimana kami membantu anda:

1. Kami Akan Cari Pelanggan Surat Pajak Anda

Tidak perlu risau tentang mencari pelanggan kerana ramai orang sudah tahu tentang emas.

Sebab ini, ramai orang masih membeli emas untuk simpanan dan mereka lebih suka membeli emas terpakai dari yang baharu.

Ini juga berlaku untuk surat gadai.

Nilai emas yang tidak susut akan memberi manfaat kepada anda jika anda mempunyai modal untuk menjual dan membeli semula emas tersebut.

2. Menjual Emas Anda Pada Nilai Lebih Tinggi

Nilai emas semakin meningkat saban tahun kerana demand di pasaran Malaysia setiap tahun meningkat.

Oleh itu, jualan emas dan surat pajak anda pada masa akan datang akan membolehkan anda memperoleh keuntungan tinggi.

Kami hanya menawarkan penilaian emas teliti dan adil.

Sudah pasti kami akan memberi nilai

3. Kami Urus, Kira dan Beri Tarikh Temujanji

Whatsapp sahaja kami dengan menghantar gambar surat pajak yang jelas.

Ini membolehkan kami untuk mengkaji dan menilai maklumat yang terdapat dalam surat pajak anda.

Kemudian, kami akan nilai baki lebihan yang anda boleh dapat daripada surat pajak tersebut.

Nilai bersih tersebut akan kami beritahu selepas dianalisis.

Jika anda setuju dengan harga yang kami tawarkan, kami akan hantar team runner kami untuk bertemu dengan anda.

Team ini akan memberi anda modal yang mencukupi untuk menebus semula emas yang di pajak.

Selesai proses ini, team kami akan segera beri semula baki yang anda berhak dapat.

Semua proses ini akan dilakukan secepat yang mungkin untuk tidak membazirkan masa anda.

Tunggu apa lagi, hubungi kami hari ini di Whatsapp!

Jual Surat Pajak Anda Di Rezzmai Gold