Emas merupakan sebuah komoditi penting dalam sejarah manusia, sebagai medium pertukaran. Selain itu, ianya juga menandakan kekayaan dan status seseorang. Kini, walaupun emas bukanlah lagi medium pertukaran untuk urusniaga, namun ianya menjadi aset penting untuk pelaburan dan simpanan masa depan. Apabila ekonomi merundum atau pasaran saham kelihatan tidak begitu menyakinkan, pelabur sering beralih kepada emas sebagai pelaburan selamat. Berikut adalah tips untuk membeli dan menjual emas.
Tips membeli emas
Emas mempunyai jenis ketulenan yang berbeza-beza. Emas 999 dan 916 mempunyai tahap ketulenan yang tinggi dan nilai yang tertinggi untuk jangka masa panjang. Kadar ketulenan emas dinilai melalui karat. Emas 999 ialah emas 24 karat. Emas 995 ialah emas 23 karat. Emas 916 pulak ialah emas 22 karat. Secara asasnya, semakin tinggi tahap ketulenan emas, ianya semakin baik bagi pelaburan dan simpanan jangka masa panjang. Bagi mengenalpasti emas jenis 999, sila periksa pada bahagian belakang emas tersebut kerana kebiasaannya ia mempunyai cop “999”. Selain itu, emas yang mempunyai ketulenan tahap ini juga tidak meninggalkan kesan hitam sekiraya dibakar.
2. Pastikan harga emas semasa
Nilai harga emas kadangkala naik dan turun, mengikut kepada keadaan ekonomi semasa. Pastikan harga emas terkini sebelum membeli emas. Terutamanya bagi yang menggunakan emas sebagai aset pelaburan, memastikan nilai harga emas semasa adalah sangat penting bagi memaksimakan keuntungan. Sebaiknya, tunggu sehingga nilai emas berada pada harga yang paling rendah ketika membeli.
3. Tidak membuat pinjaman bagi membeli emas
Bagi menjadikan emas atau mana-mana komoditi sebagai aset pelaburan, sebaiknya hanya gunakan wang simpanan yang tidak digunakan dalam masa yang terdekat. Itu adalah perkara penting bagi ekonomi yang sihat. Cara yang terbaik bagi membeli emas adalah dengan memaksa diri melakukan simpanan terlebih dahulu.
4. Nilai emas putih
Sungguhpun mempunyai harga yang lebih mahal berbanding emas 999, emas putih merupakan pilihan yang salah bagi tujuan pelaburan. Emas putih mengandungi sama ada 75% atau 37.5% ketulenan emas, dan selebihnya dicampur dengan logam lain. Hal ini akan menyebabkan masalah bagi menjual emas putih tersebut. Secara umumnya, pembelian emas putih bagi tujuan pelaburan adalah tidak menguntungkan.
5. Kenalpasti tempat membeli emas
Mengenalpasti tempat membeli emas adalah sangat penting di dalam urusan pembelian emas. Pastikan tempat membeli emas tersebut adalah sah, syarikat yang kukuh, dan diakui ketulenan emasnya. Emas merupakan satu pelaburan jangka masa panjang jadi kekukuhan syarikat emas atau tempat membeli emas tersebut adalah sangat penting. Hal ini adalah supaya kita tidak mengalami kerugian atau hanya mendapat keuntungan minimum apabila terpaksa menjual emas kepada syarikat emas yang lain.
Tips Menjual Emas
Seperti juga saat membeli emas, mengenal pasti harga emas semasa ketika menjual emas adalah sangat penting. Pastikan harga ketika menjual emas adalah waktu yang terbaik bagi mengoptimumkan keuntungan pelaburan emas anda.
2. Bandingkan harga jualan emas
Sebelum menjual emas, dapatkan nilai harga daripada beberapa tempat. Harga yang ditawarkan daripada tempat yang berbeza seringkali mempunyai perbezaan yang ketara. Jadi, sebelum menjual emas tersebut, sebaiknya bandingkan harga yang ditawarkan di beberapa tempat bagi mendapatkan tawaran yang terbaik. Sekiranya tidak mendapat tawaran pada harga relevan yang terbaik, maka jangan takut untuk terus menyimpan emas tersebut. Emas merupakan komoditi terhad yang pastinya merupakan sebuah pelaburan bijak bagi jangka masa panjang.
3. Kenalpasti tempat yang terbaik bagi menjual emas
Kedai emas pastinya bukanlah tempat yang terbaik bagi menjual emas, lebih-lebih lagi sekiranya emas tersebut bukanlah dibeli daripada kedai tersebut. Tempat yang terbaik bagi menjual emas adalah syarikat pengeluar emas, ejen syarikat emas dan pembeli emas. Syarikat pengeluar merupakan tempat terbaik bagi menjual emas. Terutamanya jika emas tersebut dibeli daripada syarikat tersebut. Namun bagi mendapatkan bayaran yang lebih cepat, pilihan untuk menjual kepada ejen atau delaer syarikat adalah pilihan terbaik. Di Rezzmai Gold Shop, kami menyediakan perkhidmatan membeli emas anda dengan cepat dan mudah. Jika anda berminat untuk menjual emas anda, kami bersedia untuk membeli emas anda pada harga yang tinggi. Anda hanya perlu berhubung dengan kami atau whatsapp di 0176800665. Apa yang istimewa dengan Rezzmai Gold Shop ini, kami menyediakan perkhidmatan membeli emas dengan tiada caj atau harga tersembunyi, layanan staf yang baik dan servis yang bermutu tinggi.