Tahukah anda apakah hukum pajak gadai emas dalam Islam?
Situasi COVID-19 ketika ini memang banyak memberi kesan dari sudut ekonomi kepada rakyat Malaysia.
Pada waktu ini, salah satu cara untuk mendapatkan wang tunai segera adalah dengan cara pajak gadai emas.
Dalam artikel ini, kami akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang hukum pajak gadai untuk panduan bersama.
Jadi, untuk menjawab persoalan yang sedang bermain-main di fikiran anda, hukum pajak gadai emas adalah harus jika terdesak untuk memenuhi keperluan.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 283:
‘Jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedangkan kamu tidak mendapati jurutulis maka hendaklah diserahkan barang-barang gadaian yang akan dipegang (oleh orang yang memberi hutang).’
Ini sesuai dengan keadaan yang menghadapi kekangan kewangan pada ketika ini.
Contohnya, jika anda kehilangan pekerjaan dan sekaligus hilang punca pendapatan, pajak gadai merupakan salah satu alternatif yang boleh diambil.
Dalam senario sebegini anda perlu sedar yang mempunyai wang tunai di tangan adalah lebih penting daripada mempunyai aset berharga untuk disimpan.
Anda boleh menampung kos perbelanjaaan harian dengan menggunakan duit pajak gadai tersebut.
Contoh lain yang boleh diberikan adalah apabila kita terlibat dalam kemalangan atau anda memerlukan pembedahan.
Katalah anda tidak ada insuran kesihatan atau tunai yang mencukupi untuk membuat rawatan.
Pajak gadai emas merupakan cara yang paling cepat untuk mendapatkan wang tunai.
Dengan ini, proses pembedahan akan dapat dilakukan dengan secepat mungkin dan yang paling penting, ini boleh menyelamatkan nyawa anda.
Jadi, dalam situasi seperti sekarang di mana ramai orang sedang bergelut dari segi kewangan, hukum pajak gadai emas adalah harus.
Diharapkan dengan wang pajak gadai tersebut, anda akan dapat meneruskan kehidupan harian dengan lebih baik.
Tahukah anda terdapat dua jenis pajak gadai di Malaysia ini? Pertama, pajak gadai Konvensional yang telah beroperasi lama dalam negara ini.
Pajak gadai jenis ini didapati tidak memenuhi keperluan syariah. Bukan itu sahaja, ia juga mengenakan faedah yang berlebihan.
Antara masalah yang sering berlaku adalah ada pemegang pajak yang tidak amanah seperti menjadikan barang gadaian milik mereka apabila pihak penggadai gagal menebus.
Itu sedikit sebanyak mengenai pajak gadai konvensional. Sekarang, mari tengok jenis yang kedua.
Untuk orang Islam pula, kita mempunyai pilihan lain iaitu kedai pajak gadai Islam atau juga dikenali sebagai Ar-Rahnu.
Memang banyak kelebihan pajak gadai Islam ini dan anda tidak perlu risau kerana ia mengikut hukum syariah.
Boleh dikatakan, jenis ini jauh lebih baik daripada pajak gadai konvensional.
Berikut merupakan kelebihan yang anda akan dapati:
Oleh kerana riba diharamkan dalam Islam, anda tidak akan dikenakan sebarang kadar faedah.
Untuk pengetahuan anda, perbezaan di antara Ar-Rahnu dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran.
Anda tidak perlu risau kerana penyelewengan tidak akan berlaku.
Nilai gadaian tidak akan merosot apabila ditebus semula.
Lebihan wang jualan akan dikembalikan kepada anda.
Situasi begini terjadi apabila barang gadaian anda terpaksa dijual dan dapat dijual dengan harga lebih baik.
Barang anda anda disimpan dengan selamat dan penerima gadaian akan bertanggungjawab sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
Jika nak dibandingkan dengan pajak gadai konvensional, kos Ar-Rahnu lebih rendah dan risikonya juga rendah.
Ar-Rahnu dijamin selamat dan tiada sebarang unsur penipuan.
Bertolak ansur merupakan satu nilai yang anda boleh pegang kerana pajak gadai dengan cara ini memberi tempoh yang masuk akal untuk anda.
Apabila anda gagal bayar, pihak penerima gadaian akan memberi notis untuk memberitahu bahawa barang anda akan lelong.
Anda akan diberikan nilai gadaian yang sepatutnya bergantung kepada jenis barang gadaian.
Kesimpulannya, anda boleh pajak gadai emas milik anda terutama sekali dalam situasi-situasi terdesak.
Anda harus ingat kita perlulah sentiasa melakukan urusan dengan landasan yang betul.
Semoga bermanfaat!
Jika anda mencari servis pembelian emas atau ingin menjual surat pajak di kawasan KL, anda perlu memilih Rezzmai Gold Shop.
Ini adalah antara kelebihan yang anda akan nikmati:
Rezzmi Gold juga menyeru anda untuk menceburi bidang industri emas ini kerana terdapat banyak kelebihan.
Selain dari kelebihan yang telah dinyatakan di atas iaitu mudah dicairkan, nilai tidak susut dan dapat dijadikan sebagai wang kecemasan.
Berikut adalah kelebihan-kelebihannya:
Anda tidak perlu risau untuk mencari pelanggan kerana emas di sudah diketahui oleh ramai orang. Disebabkan oleh itu, ramai orang masih membeli emas bagi tujuan simpanan.
Begitu juga dengan surat gadai.
Jika anda mempunyai modal untuk menjual dan membeli semula emas tersebut, keuntungan tetap akan berpihak kepada anda disebabkan oleh nilai emas yang tidak susut.
Seperti yang telah dinyatakan pada bahagian awal artikel, nilai emas semakin meningkat tahun demi tahun.
Jika anda membelinya bagi tujuan simpanan jangka masa panjang, anda juga akan peroleh keuntungan kerana anda dapat jual semula emas tersebut dengan harga lebih tinggi.
Nilai emas semakin hari semakin meningkat oleh kerana permintaan dan nilainya yang tinggi di seluruh dunia.
Hanya baru-baru terdapat artikel yang menyatakan harga telah naik dengan mendadak. Satu auns emas sekarang mempunyai harga sekitar RM8,443.
Oleh itu, anda beruntung kerana nilai emas anda tidak akan hilang malah ia akan semakin bernilai.
Jadi apa lagi anda tunggu? Klik di sini untuk ke laman web kami. Anda juga boleh ke Facebook kami untuk sebarang pertanyaan.