“Emas putih 750 boleh jual tak?” – salah satu soalan yang membuatkan anda klik dan buka artikel ini, bukan?
Kami faham kerisauan anda dengan mutu emas jenis ini. Mungkin anda lihat harganya murah, tetapi ragu dengan nilai jualannya nanti.
Jom kami terangkan setiap satu jenis emas dan mutunya supaya anda boleh membuat keputusan bertepatan dengan bajet anda.
Maksud K pada Nilai Emas
Jika anda perasan, di negara orang putih sering memanggil emas dalam bentuk nombor yang diikuti dengan huruf ‘K’, bukan?
Untuk pengetahuan anda, ‘K’ ini dipanggil Karat.
Pada setiap nilai Karat emas ini, ia mewakili berat emas tersebut.
Contohnya, 1 karat emas bersamaan 200 miligram (mg).
Jadi, semakin tinggi nombor karat, semakin tinggi kandungan emas dalam barang kemas.
Tetapi, jika di Malaysia, ia lebih dirujuk sebagai 3 digit nombor.
3 nombor digit yang mewakili mutu emas yang ada di Malaysia adalah 750, 835, 950,999 dan 916.
Mesti anda tertanya-tanya apa beza antara kelima-lima jenis emas ini. Baca selanjutnya.
Emas 750, 835, 950, 999, 916 – Apa Perbezaan Antara Jenis Ini?
1. Emas 750
Emas putih 750 atau emas 18K mempunyai kandungan emas sebanyak 75 peratus.
Fakta yang menarik tentang ‘Emas Putih’ dimana kandungan emas samada putih atau kuning adalah sama.
Putih itu sekadar ‘Chrome’ yang dicelup, digilapkan berkilat sahaja.
Jika emas putih telah guna beberapa tahun, warna chrome semakin pudar lalu warna kekuningan timbul.
jadi tak perlu risau tentang ada harga atau tidak. Emas tetap emas.
Dalam kalangan penggemar emas, emas ini kurang diminati mereka kerana mutu emas yang pertengahan rendah.
Barang kemas 750 terdiri daripada 75 peratus emas, 18 bahagian emas dan 6 adalah bahagian satu atau lebih logam.
Emas 750 kebiasaanya digunakan untuk barang perhiasan yang bertatahkan intan atau berlian.
2. Emas 835
Emas 835 ini paling popular di kalangan masyarakat Kelantan.
Emas ini turut digelar sebagai emas 20K kerana ketumpatan emas sebanyak 83.5 peratus.
Kandungan selebihannya, iaitu 16.5 peratus, terdiri dengan tembaga, besi dan lain-lain.
Seperti emas 750, emas 835 sesuai untuk mereka yang berjinak-jinak dalam menyimpan emas sebagai pelaburan.
Harga lebih rendah dari ketumpatan emas yang lebih tinggi semasa membeli.
3. Emas 950
Emas 950 atau emas 23K mempunyai kandungan emas sebanyak 95 peratus.
Peratusan bahan selebihnya adalah bahan-bahan lain yang diperlukan untuk membentuknya menjadi barang kemas.
4. Emas 916
Emas 916 adalah jenis emas yang paling digemari rakyat Malaysia.
Ketumpatan emas sebanyak 91.6 peratus menjadikannya pelaburan yang lebih berbaloi.
Emas 916 ini merupakan pelaburan yang bagus kerana nilainya akan lebih tinggi semasa penjualan semula.
Kandungan selebihnya ialah 5 peratus perak, tembaga 3.4 peratus dan lain lain.
5. Emas 999
Akhir sekali, emas 999 atau 24K ini mempunyai ketumpatan emas yang paling tinggi.
Kandungan emas adalah sebanyak 99 peratus, menjadikannya mutu emas yang paling mahal dari yang lain.
Emas 999 seringkali dalam bentuk jongkong emas, wafer dan syiling.
Emas 999 boleh sahaja dibuat menjadi barang kemas, tetapi terhad kerana sifat lentur emas.
Sifat lentur emas yang dikatakan di sini adalah kelembutan sesuatu jenis emas.
Ketumpatan emas yang tinggi menyebabkan ia sangat lembut, mudah berubah bentuk, menjadikannya mudah rosak.
Seperti yang kami kata pada awal tadi, lebih tumpat, lebih mahal dan merupakan pelaburan terbaik.
Emas Perlu Dicampur Dengan Logam
Semakin tinggi nilai mutu emas, semakin lembut emas tersebut.
Dalam pembuatan barang perhiasan emas atau barang kemas, campuran logam-logam lain membolehkan ia dibentuk lebih mudah.
Sebab itu, kalau anda perasan, emas 916 adalah had yang setakat ini digunakan untuk membuat barang perhiasan emas yang bermutu tinggi.
Manakala, 999 atau 24K lebih kepada pembuatan jongkong emas.
Adakah Emas 750 Boleh Dijual?
Emas 750, dengan kandungan emas sebanyak 75 peratus, boleh dijual.
Tetapi, oleh kerana mutu emasnya lebih rendah dari emas 850, 916 dan 999, harga jualan adalah lebih rendah sedikit berbanding mutu tinggi.
Untuk yang baru berjinak dalam pelaburan emas, penting untuk anda semak harga semasa emas setiap hari.
Anda boleh ikut perkembangan terkini seperti menaip “harga emas 916 hari ini” di carian Google.
Dengan mengikuti harga semasa emas, anda boleh tahu masa yang paling baik untuk anda membeli atau menjual emas.
Jika kena dengan ilmunya, anda boleh membeli emas pada harga yang rendah dan mungkin menjual emas pada harga yang lebih tinggi!
Kesimpulannya, setiap perhiasan emas mempunyai mutu yang berbeza.
Tidak kisah jenis mutu emas yang anda pilih, setiap satu mempunyai nilai jualan yang boleh menguntungkan anda kelak.
Semestinya, jika anda mahu jual emas 750 anda, Rezzmai Gold sedia membantu anda!
- Rezzmai Gold mempunyai pakar emas yang berpengalaman hampir belasan tahun
- Servis berkualiti
- Tiada caj tersembunyi
- Lebih 3 ribu pelanggan sudah berpuas hati dengan tawaran servis kami!
Cawangan Rezzmai Gold boleh didapati di:
- Kuala Lumpur
- Selangor
- Melaka
- Johor Bahru
- Seremban
- Ipoh
Article Comments