Adakah anda berada atau tinggal di Melaka dan memerlukan tunai dengan segera? Adakah anda pernah memajak barang kemas anda di mana-mana premis pajak gadai di Melaka namun tidak mampu menebus kembali disebabkan tempoh pajakan yang dirasakan terlalu singkat? Kami di RezzmaiGold.com menyediakan perkhidmatan beli surat pajak anda di Melaka untuk anda menukarkannya kepada tunai dengan kadar yang segera. 

Dengan kadar faedah sehingga dua peratus sebulan atau sehingga 24 peratus setahun pasti memudahkan anda mendapatkan sumber kewangan yang mencukupi kurang daripada jangka masa yang telah ditetapkan bagi menebus kembali barangan kemas anda. 

Bagi pajak gadai secara konvensional, sistem faedah atau bunga sebanyak maksimum dua peratus sebulan atau 24 peratus setahun akan dikenakan kepada pemajak gadai. Bagi sistem pajak gadai secara Ar-rahnu pula ia memperoleh keuntungan dengan mengamalkan upah simpanan yang amat berpatutan iaitu antara RM0.60 sehingga RM0.70 sebulan mengikut nilai marhum (nilai pinjaman).

Jadi, bagi anda yang berada dalam kesulitan kewangan dan mempunyai surat pajak daripada mana-mana premis pajak gadai, jangan khuatir kerana kami boleh membeli surat pajak gadai anda samada yang dikeluarkan melalui transaksi konvensional ataupun secara Islamik (Ar-rahnu).  

Bagi anda yang tinggal di Melaka kami pasti akan membantu anda untuk mendapatkan semula barangan kemas anda, ataupun membantu anda dengan tunai berdasarkan transaksi yang diceritakan tadi.

Betapa Berharganya Surat Pajak Anda

Apa yang pasti surat pajak anda amat berharga. Jadi jangan hilangkan atau rosakkannya sekiranya anda masih sayangkan barang kemas anda yang berada dalam tempoh pajakan. Ia umpama sijil pengenalan barangan kemas anda, di mana ia menjadi bukti transaksi pajakan yang telah anda lakukan, serta menjadi bukti sekiranya berlaku penyelewengan di pihak pemegang pajak gadai. 

Oleh itu, bagi mengelakkan masalah manipulasi oleh pemegang pajak gadai, pastikan semasa melakukan transaksi pajakan anda memeriksa dengan teliti apa yang dicatatkan pada surat pajak gadai. Pastikan juga maklumat yang dicatatkan pada buku rekod pemilik pajak gadai adalah sama. 

Juga diingatkan untuk anda ambil peduli dengan tarikh yang ditulis pada surat pajak. Jangan anda cari kami hanya apabila tempoh bayaran balik pajakan telah tamat. Barang anda mungkin telah berpindah hak milik ataupun telah dilelong oleh pemegang pajak gadai tanpa anda sedari. 

Sebagaimana yang telah diceritakan tadi, anda boleh menjual surat pajak anda untuk mendapatkan wang tunai secara pantas. Jika anda di Melaka dan mencari syarikat yang boleh beli surat pajak anda di Melaka, anda tidak perlu khuatir lagi, kami di RezzmaiGold.com sedia membantu anda. Hubungi atau whatsapp kami di 017 6800 665 untuk menjual surat pajak anda dan tukarkannya kepada wang tunai. Kami sedia membeli surat pajak anda di Melaka.

Jika bermanfaat, jangan lupa share!