Masalah kegawatan ekonomi, kadar upah gaji atau upah minimum yang tidak pernah berubah semenjak bertahun-tahun lamanya berbanding kadar taraf hidup yang semakin meningkat menjadikan premis pajak gadai sentiasa menerima pelanggan yang inginkan kewangan tunai yang segera. Ini kerana, premis pajak gadai terutamanya pajak gadai konvensional memerlukan masa yang amat singkat untuk meluluskan bentuk-bentuk pinjaman secara pajakan barangan berharga terutamanya barangan kemas. Selain itu, ada juga beberapa syarikat yang memberikan perkhidmatan beli surat pajak bagi yang di Seremban jika anda memerlukan tunai dengan kadar yang segera.

Dengan kadar bunga atau faedah sehingga mencecah dua peratus sebulan atau sehingga 24 peratus setahun menjadikan ramai di kalangan anda yang memiliki surat pajak tidak mampu menebus semula barangan yang telah dipajakkan. Secara mudahnya, surat pajak yang berkeping-keping tidak memberikan sebarang keuntungan kepada pemiliknya.

Pada peringkat awal, pemajak gadai yang ingin memajak barangan anda kepada pemegang pajak gadai iaitu pihak premis pajak gadai haruslah sentiasa peka dengan transaksi yang dilakukan. Pastikan transaksi yang berlaku dicatatkan dengan teliti berserta dengan berat dan bentuk fizikal lain barangan yang ingin dipajakkan. Tanpa catatan yang betul anda mungkin akan mengalami kesulitan semasa ingin menebus kembali barangan tersebut.

Dilema yang sering berlaku kepada anda yang ingin mendapatkan tunai secara pantas melalui transaksi pajak gadai secara konvensional adalah semasa penebusan semula barangan tersebut. Proses kelulusan yang cepat tidak menjamin proses penebusan yang pantas tanpa sebarang masalah. Paling teruk apabila tempoh masa penebusan tamat dan barangan kemas anda terus bertukar milik tanpa anda sedari. 

Oleh sebab itu, sistem pajak gadai secara Islamik iaitu Ar-rahnu telah diperkenalkan. Ia tidak mengamalkan konsep faedah ataupun bunga dan hanya mengambil sedikit keuntungan melalui apa yang dikenali sebagai upah simpanan. Kadar upah simpanan antara RM0.60 sehinggan RM0.70 sebulan bergantung kepada nilai pinjaman (nilai marhun) dilihat amat membela nasib peminjam.  

Namun, tahukah anda apa yang bakal anda hadapi sekiranya anda gagal menebus kembali barangan anda dalam tempoh masa yang ditetapkan? Pastinya Ar-rahnu memberikan tempoh masa kelonggaran sehingga dua bulan sekiranya tempoh masa penebusan yang pertama telah berakhir. 

Tempoh dua bulan akan diteruskan lagi untuk dua bulan berikutnya sehingga mencapai lapan bulan dengan syarat peminjam perlu membuat permohonan bagi setiap dua bulan tersebut. Namun dalam situasi ini nama anda akan disenaraikan sebagai bermasalah dalam sistem sebuah badan di bawah kawal selia Bank Negara. Situasi ini akan menyebabkan anda akan mengalami masalah untuk mendapatkan pinjaman daripada badan-badan kewangan yang diiktiraf pada masa hadapan.  

Sebagaimana yang telah diceritakan tadi, anda boleh menjual surat pajak anda untuk mendapatkan wang tunai secara pantas. Jika anda di Seremban dan mencari syarikat yang boleh beli surat pajak anda di Seremban, anda tidak perlu khuatir lagi, kami di RezzmaiGold.com sedia membantu anda. Hubungi atau whatsapp kami di 017 6800 665 untuk menjual surat pajak anda dan tukarkannya kepada wang tunai. Kami sedia membeli surat pajak anda di Seremban.

Jika bermanfaat, jangan lupa share!