Pelaburan merupakan sebuah medium bagi anda memperbaiki dan meningkatkan tahap kewangan anda. Ianya merupakan sebuah cara terbaik dan sebenarnya paling mudah bagi menggandakan wang yang anda miliki.

Sekiranya anda tidak melabur, anda sebenarnya terlepas peluang bagi mengukuhkan ekonomi anda sendiri. Memang benar, pelaburan merupakan sesuatu yang berisiko, tetapi sekiranya pelaburan tersebut dijalankan dengan bijak, maka potensi untuk mendapat pulangan adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan hanya menyimpan.

Namun, dimanakah anda patut melabur?

Emas! Ya, emas.

Emas merupakan sebuah komoditi penting di dalam sejarah manusia. Sejak bertahun lamanya, emas merupakan lambang status kemewahan dan kekayaan seseorang. 

Kini, emas jarang digunakan sebagai mata wang dan kebanyakan masa, ianya hanya digunakan sebagai aksesori perhiasan.

Namun, emas sebenarnya mempunyai potensi yang begitu tinggi untuk dijadikan sebagai aset pelaburan.

Mengapa melabur di dalam emas?

Berikut merupakan sebab-sebab utama mengapa anda perlu memilih emas sebagai medium pelaburan anda.

1. Emas merupakan aset yang senang untuk dicairkan

Emas merupakan sebuah pelaburan ketara yang anda sendiri boleh lihat dan sentuh. Ianya mudah, sehinggakan anda boleh lihat sendiri emas milik anda dan bawanya ke mana-mana.

Sungguhpun begitu, emas juga merupakan komiditi yang mudah untuk dicairkan. Sekiranya anda benar-benar memerlukan bantuan kewangan pada masa hadapan, menyimpan emas merupakan pilihan terbaik.

Dengan hanya mencari pembeli, anda akan mampu mencairkan pelaburan emas anda tersebut. Kebiasaannya tidak sukar bagi mencari pembeli emas kerana ianya merupakan sebuah komoditi yang sering dicari.

Terdapat banyak syarikat emas, ejen dan dealer emas, dan juga kedai-kedai emas yang pastinya berbesar hati untuk membeli emas daripada anda.

Proses bagi menjual emas juga seringkali jauh lebih cepat daripada anda menjual stok saham anda yang berkemungkinan memerlukan masa sehingga tiga hari. Tetapi bagi proses penjualan emas, anda boleh terus mendapat wang tunai daripada pembeli.

Namun harus diingat, sekiranya tersalah cara dan pembeli, anda juga akan rugi seandainya tidak berhati-hati ketika mencairkan pelaburan emas anda.

2. Melindungi nilai aset anda daripada inflasi dan kemelesetan ekonomi

Emas cukup terkenal sebagai perisai yang melindungi nilai kekayaan seseorang daripada inflasi. Kadar emas kekal hampir tidak terjejas sewaktu berlakunya inflasi dan oleh itu, anda tidak akan mengalami kerugian apabila inflasi berlaku.

Berbanding dengan nilai wang kertas yang akan menurun dengan masa, nilai emas akan bertahan.

Tanya diri anda sendiri, adakah wang kertas yang ada di dalam beg duit anda sekarang akan mempunyai nilai yang sama lima tahun lagi? Pastinya tidak, ianya akan menurun.

Bayangkan pula emas kepunyaan anda, adakah ianya akan mempunyai nilai yang sama lima tahun lagi? Pastinya tidak, ianya akan meningkat. 

Lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi semasa Malaysia yang tidak begitu baik pada waktu ini, dan dengan nilai Ringgit Malaysia yang lemah, pastinya melabur di dalam emas adalah satu keputusan yang bijak.

Emas juga merupakan perisai yang mampu melindungi nilai harta anda daripada kebarangkalian berlakunya crash dalam pasaran.

Sungguhpun tiada siapa yang mampu menjanjikan bahawa harga emas akan meningkat ketika berlakunya krisis ekonomi, tetapi sejarah telah menunjukkan bahawa pelaburan emas adalah selamat daripada sebarang kemungkinan untuk rugi.

3. Emas adalah aset ketara (Tangible Asset)

Sekiranya anda membeli emas fizikal, anda boleh menyentuhnya sendiri, sesuatu yang hampir mustahil bagi kebanyakan pelaburan-pelaburan yang lain. 

Emas tulen tidak boleh dimusnahkan dengan api, air mahupun masa. Tidak seperti komoditi-komoditi yang lain, emas tidak memerlukan makanan, baja mahupun penyelenggaraan. 

Dan pastinya disebabkan jumlah emas di dunia ini adalah sangat terhad, maka ianya adalah sebuah aset yang jauh lebih berharga daripada aset pelaburan yang lain.

Sebuah lagi kebaikan bagi aset ketara adalah, ianya tidak boleh digodam atau dipadamkan. Tidak seperti kebanyakan pelaburan yang melibatkan pasaran saham, emas adalah mustahil untuk digodam.  Lebih-lebih lagi di dalam keadaan masyarakat yang sangat bergantung kepada dunia digital, adalah sebaiknya sebahagian daripada pelaburan yang kita ada diletakkan di dalam bentuk fizikal.

Jika bermanfaat, jangan lupa share!