Rezzmai Gold, dimiliki oleh Rezzmai Precious Metal Sdn. Bhd. merupakan pakar beli surat pajak sekitar KL, Selangor, Seremban Ipoh, Melaka atau Johor Bahru.

Berbanding daripada syarikat pajak gadai lain, Rezzmai Gold menawarkan proses penjualan emas atau surat pajak yang mudah dan pantas.

Tak mampu bayar bunga setiap bulan? Biar Rezzmai Gold beli surat pajak anda.

Ambil Tahu Apa Itu Jual Beli Surat Pajak

Jual dan membeli surat pajak adalah satu metod menjual emas di dalam pajak gadai.

Tidak kisah sama ada pajak gadai di pajak gadai konvensional atau ar-Rahnu, jual beli ini boleh dibuat.

Untuk pengetahuan anda, pembelian surat pajak oleh kedai pajak adalah pembelian emas, bukan membeli “surat” pajak tersebut.

Surat pajak tidak mempunyai nilai, tetapi emas yang dipajak itu yang mempunyai nilai.

Emas yang dibeli oleh kedai pajak gadai dibeli mengikut harga semasa emas setiap hari.menariknya bulan ini iaitu bulan April 2024 mencatat harga tertinggi sepanjang zaman.

“Rezzmai Gold Beli Surat Pajak Tamat Tempoh?”

Semestinya, Rezzmai Gold juga membeli surat pajak tamat tempoh.

Team Rezzmai Gold akan hubungi pihak pajak gadai untuk pastikan emas masih ada di kedai pajak gadai tersebut.

Lazimnya, emas masih berada di kedai pajak gadai walau sudah tamat tempoh, sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan.

Jika emas anda berada di ar-Rahnu, surat pajak anda masih boleh dijual sekiranya masih belum dilelong.

Proses Jual Beli Surat Pajak di Rezzmai Gold

Di Rezzmai Gold, anda boleh lakukan hampir ke semua urusan surat pajak melalui Whatsapp!

Prosesnya adalah seperti berikut:

  1. Hantar gambar penuh surat pajak atau ar-rahnu kepada kami di nombor Whatsapp kami untuk penilaian awal.
  2. Kami akan beritahu anda tentang baki bersih yang dapat diperoleh dari surat pajak atau ar-rahnu anda.
  3. Jika anda bersetuju dengan tawaran harga kami, kami akap tetapkan tarikh dan masa temujanji untuk pertemuan dengan team kami di kedai pajak.
  4. Team kami akan sediakan modal untuk tebusan dan akan mendampingi anda sepanjang proses penebusan.
  5. Setelah proses penebusan selesai, kami akan periksa emas anda dan kemudian menyampaikan baki yang diperoleh.

Mengapa Jual Beli Surat Pajak Berbaloi di Rezzmai Gold?

Untuk anda yang mencari kedai pajak gadai yang tidak merugikan, Rezzmai Gold adalah pilihan bijak yang anda pernah buat.

Dengan pengalaman sebanyak belasan tahun, kami pakar dalam urusan jual dan membeli surat pajak.

1.  Konsultasi Percuma

Hubungi Rezzmai Gold untuk mendapatkan konsultasi percuma mengenai surat pajak yang ingin anda jual.

Mereka akan memberikan maklumat yang jelas dan terperinci mengenai proses ini.

2.  Penilaian yang Adil

Rezzmai Gold menawarkan penilaian yang teliti dan adil terhadap surat pajak anda.

Proses penilaian dilakukan oleh pakar yang berpengalaman untuk memastikan anda mendapatkan nilai maksimum.

3. Perkhidmatan Mesra Pelanggan

Tenaga kerja kami terdiri daripada pekerja mesra pelanggan dan professional.

Setiap urusan kami akan lakukan dengan penuh komited untuk memastikan semua pelanggan mendapat layanan yang terbaik.

Dari A hingga Z, team kami akan mencuba yang terbaik dalam urusan jual beli surat pajak anda.

4. Pembayaran Segera

Rezzmai Gold dikenali dengan pembayaran yang cepat dan efisien.

Setelah penilaian selesai dan perjanjian dibuat, anda akan menerima pembayaran dengan segera selepas barangan ditebus.

5. Tiada Caj Tersembunyi

Kami memberikan harga yang terbaik dan telus. Tiada caj tersembunyi yang dikenakan.

6. Testimoni Pelanggan

Hampir 3 ribu pelanggan Rezzmai Gold berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Ingat Surat Pajak, Ingat Rezzmai Gold!

Dengan kelebihan-kelebihan yang ditawarkan di Rezzmai Gold, tidak hairanlah mengapa kedai kami ini menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin menjual beli surat pajak pada harga tinggi dengan mudah dan pantas.

Jika anda berminat untuk menjual surat pajak dan mendapatkan keuntungan optimum, jangan ragu-ragu lagi dan hubungi Rezzmai Gold hari ini.

Konsultasi adalah percuma. Tak mampu bayar bunga setiap bulan? Biar kami beli surat pajak anda.

Manfaatkan peluang ini dan hubungi Rezzmai Gold hari ini untuk tawaran pada harga yang lumayan!Whatsapp Rezzmai Gold Untuk Jual Beli Surat Pajak di Sini