Dengan perkembangannya di Malaysia, Ar Rahnu memberikan alternatif pajak gadai yang mematuhi prinsip Syariah.

Pada masa-masa tertentu, pemilik emas mesti menghadapi dilema antara nak pajak atau jual emas di arahnu kan?

Apabila memerlukan duit untuk keperluan mendesak dalam tempoh pendek, pemilik emas tidak perlu menjualnya.

Sebaliknya, mereka boleh memajak emas di Ar-Rahnu untuk mendapatkan pinjaman bercagar dengan kadar segera.

Walaupun pajakan emas mempunyai kos, namun disarankan tidak pajak emas tanpa alasan kukuh.

Perbezaan Pajak Gadai Konvensional dan Ar Rahnu

Perbezaan utama antara pajak gadai konvensional dan Ar-Rahnu terletak pada kontrak perjanjian pinjaman.

Dalam sistem pajak gadai konvensional, bayaran faedah dikenakan atas pinjaman yang menjadi sumber pendapatan bagi pemberi pinjaman dan ini dianggap sebagai riba.

Sebaliknya, dalam sistem Ar-Rahnu, pinjaman diberikan tanpa faedah. Namun caj perkhidmatan atau upah simpan (ujrah) dikenakan untuk menampung kos pengurusan oleh pihak yang menjalankan Ar-Rahnu.

Perbezaan lainnya adalah kaedah upah (ujrah) yang dikenakan dalam Ar-Rahnu, yang berbeza dengan pendekatan pajak gadai konvensional yang mengenakan faedah terhadap pinjaman itu sendiri.

Oleh itu, sistem Ar-Rahnu tidak melibatkan unsur riba dan menonjolkan perbezaan yang signifikan dengan pajak gadai konvensional.

Gadai merujuk kepada suatu bentuk pinjaman wang di mana seseorang menyerahkan barang sebagai jaminan untuk jangka masa tertentu.

Jika hutang tidak dibayar semasa tempoh yang ditetapkan, barang tersebut akan menjadi hak milik pemberi pinjaman.

Sistem gadai ini memberikan kemudahan kepada masyarakat untuk mendapatkan wang tunai segera dengan menggunakan barang berharga sebagai jaminan terhadap pinjaman yang diperoleh.

Barang yang dijadikan jaminan akan dipegang oleh pemberi pinjaman sehingga waktu yang ditentukan.

Jika peminjam tidak dapat membayar hutang, pemberi pinjaman berhak menjual barang tersebut untuk mendapatkan kembali jumlah wang yang dipinjamkan kepada peminjam.

Institusi Ar-Rahnu mengamalkan konsep gadaian yang mana pelaksanaannya berbeza dengan pajak gadai konvensional.

Dalam Ar-Rahnu, peminjam dikehendaki mencagar barang gadaian berupa barang kemas yang diperbuat daripada emas dan berlian sebagai jaminan untuk pinjaman yang diperoleh.

Tetapi pinjaman yang diberikan oleh Ar-Rahnu tidak dikenakan sebarang caj tambahan, menjadikannya sebagai Qard al-Hasan, iaitu pinjaman tanpa faedah.

Tahukah anda, orang bukan islam juga boleh memajak emas di Ar-Rahnu dengan kadar upah simpan atau bunga lebih rendah berbanding pajak konvensional?

Pajak konvensional mengira bunga secara bulanan manakala Ar-Rahnu upah simpan harian.

Secara umumnya, pajak emas Ar-Rahnu sesuai digunakan dalam dua situasi tertentu.

Situasi pertama ialah apabila harga emas turun secara tiba-tiba.

Situasi kedua pula, jika pajakan digunakan untuk tujuan  memberikan keuntungan seperti modal pusingan perniagaan.

Bagi individu yang memiliki koleksi emas terpakai yang banyak, mereka seringkali mempunyai pilihan untuk menjualnya semula.

Namun, bagaimana pula dengan mereka yang hanya memiliki surat pajak sebagai bukti kepemilikan?

Seringkali, terdapat orang yang telah memajakkan emas mereka tetapi tidak berjaya untuk menebusnya.

Ini boleh menyebabkan kerugian kewangan terutamanya jika surat pajak dibiarkan atau tidak diambil tindakan ketika nilai lelong emas rendah.

Tahukah anda, surat pajak emas boleh dijual?

Adalah penting untuk sedar bahawa nilai surat pajak anda mungkin lebih tinggi daripada yang disedari, dan terdapat cara untuk memaksimumkan nilai tersebut.

Jika anda berada dalam situasi ini, jangan risau! Terdapat pilihan untuk menjual surat pajak anda.

Di Rezzmai Gold, kami tidak hanya membeli emas terpakai, malah menyediakan perkhidmatan pembelian surat pajak dengan tawaran harga terbaik.

Dengan memilih untuk menjual surat pajak anda kepada kami, anda boleh memastikan bahawa anda mendapat nilai yang setimpal dengan kepemilikan emas anda.

Kami menyediakan penyelesaian yang mudah dan menguntungkan bagi mereka yang ingin mendapatkan nilai maksimum dari surat pajak mereka tanpa perlu bimbang tentang proses yang rumit.

Apakah Surat Pajak Emas?

Dokumen yang membenarkan pemegangnya menebus duit terhadap emas.

Dokumen ini mengandungi maklumat tentang cagaran, termasuk nilainya.

Adalah penting untuk membawa surat pajak apabila anda ingin menebus barang emas, memudahkan proses transaksi jual beli emas anda.

Rezzmai Gold Sedia Beli Surat Pajak Anda

Jika anda menjual di Rezzmai Gold, pinjaman dan faedah Rezzmai yang tanggung dan Rezzmai sediakan modal untuk tebus.

Siapa yang untung? Anda dan Rezzmai sama-sama merasa untung!

Rezzmai Gold merupakan syarikat yang akan membeli surat pajak anda pada harga yang lebih tinggi.

Prosesnya mudah dan untung. Anda akan berunding tentang agihan harga dan baki yang akan diberikan kepada anda.

Anda tidak perlu menunggu harga atau keadaan barang kemas anda jatuh sebelum mencagarkannya.

Melalui proses ini, urusan anda menjadi lebih mudah dengan kelebihan seperti:

  • Tiada kos tersembunyi
  • Perkhidmatan staff terbaik
  • Perkhidmatan berkualiti tinggi

Jika anda sedang mencari perkhidmatan jual emas dan jual surat pajak yang berbaloi dan dipercayai, pilihlah Rezzmai Gold!

Hanya perlu klik Jual Surat Pajak, dan kami akan menghubungi anda untuk penilaian surat pajak anda.

.