Mesti semua orang pernah dengar pepatah melayu “Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit” kan. Tapi untuk memulakan sesuatu tabungan bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan disiplin dan komitmen yang tinggi selain objektif yang jelas.
Menyedari kepentingan membuat simpanan untuk kecemasan, lebih-lebih lagi sejak ekonomi kurang stabil selepas pasca pandemik dan kos sara hidup yang semakin meningkat, menabung merupakan cara terbaik untuk kekal stabil di masa hadapan.
Jom mula menyimpan
Di sini, Rezzmai Gold nak berikan beberapa tips berguna untuk anda memulakan tabungan. Yang paling penting tips ini sesuai buat golongan pemula.
- Tabung Duit Syiling
Anda boleh mula meyimpan duit syiling terlebih dahulu kerana mungkin agak sukar untuk mula menyimpan wang kertas yang nilainya lebih besar. Pastinya teknik ini tidak asing lagi buat anda. Hal ini kerana, sudah ramai yang mula berjinak dengan teknik tabungan ini sejak kecil lagi.
Teknik menabung ini amat sesuai untuk mereka yang tidak suka mengunakan syiling atau kurang gemar meletakkan duit syiling di dalam dompet. Jadi, menggunakan teknik ini, anda dapat menyimpan 10 sen, 20 sen dan 50 sen dalam jumlah yang banyak di samping dapat mengelakkan ia berterabur di merata-rata tempat.
Selain itu, anda juga boleh menyediakan tabung khas untuk mengumpul duit syiling 50 sen sahaja atau kumpulkan semua duit syiling ke dalam satu tabung. Anda hanya perlu menyimpan sehingga tabung tersebut penuh.
2. Tabung Hijau/Jingga
Bagi mereka yang mahu memulakan tabiat menabung, anda boleh mencuba teknik menyimban berdasarkan warna duit. Pada kebiasannya, kebanyakan individu memilih untuk menyimpan wang yang bersifat ‘rare’ atau jarang diperoleh seperti duit RM5 (hijau) dan juga RM20 (jingga) berbanding duit lain.
Setiap kali anda dapat duit RM5, anda perlu asingkannya kemudian simpan ke dalam tabung. Duit kertas RM5 adalah nilai yang paling ideal untuk anda simpan kerana nilainya tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
Buat konsisten selama 6 hingga 12 bulan, setelah itu barulah kira berapa hasilnya. Kemudian, anda boleh simpan jumlah terkumpul ke dalam bank atau mana-mana platform simpanan lain.
3. Tabung Duit Ikut Hari/Tarikh
Bagi mereka yang mahu mengawal sikap boros, anda boleh cuba menabung menggunakan teknik simpan mengikut tarikh atau hari dalam tempoh sebulan. Caranya adalah dengan menyimpan kuantiti duit ringgit anda berdasarkan hari bulan.
Teknik ini memerlukan anda simpan bermula RM1 pada 1 hari bulan sehingga RM31 pada 31 hari bulan dan ulang teknik yang sama untuk bulan bulan-bulan seterusnya.
Malah, dengan cara ini anda dapat menabung antara RM435 hingga RM469 sebulan. Namun, apabila dikumpulkan selama 12 bulan, anda akan memperoleh hasil sebanyak RM5,767. Jumlah yang agar besar bukan?
4. Tabung Duit Genap/Ganjil
Bukan itu sahaja, anda juga boleh mula menabung menggunakan ‘trik’ duit genap dan ganjil. Sebagai contoh, anda tetapkan satu nilai seperti RM5 sebagai duit ganjil dan RM10 sebagai duit genap.
Jadi, setiap kali anda mempunyai wang kertas bernilai RM5 dan RM10, asingkan dan masukkannya ke dalam tabung yang berbeza. Bagaimanapun, anda perlu mrenetapkan tempoh bulan untuk menyimpan, contohnya selama 6 bulan.
Dengan teknik ini, anda dapat menabung secara lebih fleksibel. Namun, sekiranya anda ingin amaun duit tabungan yang tetap setiap bulan, teknik ini mungkin tidak sesuai untuk anda kerana setiap bulan amaunnya mungkin berubah-ubah bergantung kepada nilai duit yang anda miliki.
Selamat mencuba!